Cute Polka Dotted Beige Bow Tie Ribbon

some story in school :)

Hey!

kali nie aku cerita pasal aku kat sekolah tadi oke? :)

turun dari bas sekolah, aku terus masuk ke dalam kawasan sekolah,
pastu. . aku duduk dalam dewan cuz dah nak mula dah waktu nilam.
lama la masa tu, lebih sejam oke. .
dah tu, cikgu suruh pulang ke kelas. dah sampai kelas,
kawan aku ajak aku pergi pinjam buku teks dekat kelas 2Jasmine.
rutin harian aku tu. setiap hari pinjam. macam la takda buku teks.sebenarnya aku malas nak bawak buku teks. cuz membuatkan beg aku berat. so, amalkan selalu oke? haha.
dah sampai 2jasmine tu, aku panggil Emel, cuz aku nak pinjam buku teks Math dari dia.
pastu dia pinjamkan.baik betul diya tu.. memang la, diakan bekas 1Bakawali taun lepas. Sama kelas dengan aku.

pastu, aku lambat masuk kelas. tak la lambat sangat. boleh-boleh la.
kiterang belajar. aku tak paham sangat yang cikgu ajar tu. then, aku tegur orang kat belakang aku *Effa* cuz tudung dia senget then, rambut dia nampak. cikgu fikir aku bercakap,then, cikgu suruh aku berdiri.cikgu bagi warning, kalau aku bercakap lagi, aku dihalau dari kelas. huu. seronok tau. ahhaha.
lepas sejam tu, kiterang pergi Agama dekat bilik Musolla.Then, tanpa minta izin, kiterang pergi sembahyang. padahal aku tak dapat sembahyang time tu. aku main. hahaha.
kebetulan, ada pelajar dari kelas 2Ixora. kiterang main. tak la main sangat. . just, cakap-cakap and jalan-jalan dalam bilik tu jer. yang sorang tu yang rajin sangat.orang kacau pun dia masih fokus sembahyang. memang untung la Asz tu dapat Fasz tu. ahah!

Ag kacau Fasz and kawan-kawan dia yang lain. nasib baik kawan-kawan dia tak marah dia sebab dia kacau diyerang sembahyang. pastu,diyerang pergi balik kelas.kiterang pun masuk kelas dekat sebelah bilik tu, 2 in 1 la katakan.haha.masa aku tengah syok-syok salin nota, tiba-tiba nama aku dipanggil oleh Zulkifly entah apa-apa la laki tu. dia kata, "kau suruh ASMINE kiss, bait terus tu" then, Izzuddin panggil aku.dia suruh kiss pipi dia cuz pipi dia sakit. Gila! aku buat derk jer.then, aku sambung salin nota. pastu, baru aku perasan, Norhaizam kat depan aku tu, dia jer buat nota, selalunya dia bisin. pastu, cepat lagi tu.. dia hantar buku. aku tengok tulisan dia, FUYOOHHH! punya la kemas. kalah tulisan aku. cantik la. tulisan pelajar lelaki lain tak macam dia pun. kemas~Pastu, siap jugak yang aku salin. Yenne pergi bertugas cuz dia pemimpin pelajar. pastu, Zulkifly dengan Akmal duduk tempat aku dengan Yenne time kami dua hantar buku latihan dan nota.So, aku duduk jer la dekat tempat diyerang.Pastu, Yenne kate dia tak jadi pergi cuz lama lagi.laa buat saspen la dia nih kan? pastu, adala meja bersambong 3, aku dengan Yenne suruh Akmal duduk dekat tengah-tengah.

so dia duduk la. kiterang bersembang-sembang dengan orag depan kiterang. pastu, Yenne pun pergi bertugas. then, aku sorang jer perempuan kat barisan tu. semua pelajar perempuan duduk dekat barisan tepi. alik-alik aku jer duduk dekat barisan tengah. pastu ustazah tegur, tapi ustazah tu macam bukan ustazah la. haha! ustaazah ku cakap, "kenape duduk berdua-duaan ni? " then, dengan selambernye dia cakap yang aku nih girlfriend diye. hamboi! nak ku sepak muka dia . haha! pastu, ustazah geleng kepala dia saja. then, tak lama tu ustazah tegur lagi cuz rambut aku nampak. haha! maklum la, rambut aku ni kan x la panjang sangat, nak sanggul susah, cuz ustazah tak suruh, kalau pakai skarf penuh, aku nih mula naik bengang cuz panas. ahha.then Akmal cover aku . dia kata aku ni Alah dengan panas. aku ni tak tahan panas la. whatever la dia tu. ustazah pun angguk-angguk jer.

pastu, kiterang pergi rehat. then, lepas rehat tu, aku nak pinjam buku teks dari orang. buku teks BM. aku tanya sorang-sorang, diarang kata xda. then, kebetulan aku ternampak Ayush. then aku panggil dia, aku kata aku nak pinjam buku teks dia. then, dia pergi ke kelas dia then bagi aku pinjam. so happy la.. hahah. x la kena marah cikgu Fafa. hahaa..time BM tu, cikgu tiba-tiba kata nak pergi sembahyang. so, pelajar Islam yang lain pun follow cikgu. kecuali Aku, Asmah dengan Dayang.then, Asz bawak aku pergi sekali. sedangkan aku ni tak dapat sembahyang.aku follow jer la. pastu, kiterang merayau dekat depan bilik Musolla. pastu, terserempak dengan Fify and Ekin.kiterag limpas kelas dekat sebelah bilik tu. Pastu, adela
boyfie-boyfie kiterang nampak kiterang. ahah!.

Waktu PJK tu, cikgu tak datang cuz dia jurulatih atlet sekolah. so, kiterang enjoy la dalam kelas.cikgu ade la sit in .heheh. tapi kiterang anggap macam takde cikgu dalam kelas. alahaii.
pastu, kiterang balik sekolah.masa dekat luar sekolah tu, aku cari Ayush cuz buku dia ada dekat aku. aku cari-cari lelaki tu. .mustahil takde. dia tu kan PUTIH! haha.aku tanya classmate dia, kawan dia kata dia dekat sanaa... haha! aku cari then aku tanya Jai. dia pun cakap dekat sanaa. .*sana tu dekat sebelah kiri aku oke? haha*.lastly, aku ambil keputusan, aku hantar esok. so, esok aku mesti jumpa dia, aku nak hantar buku dia yang dekat almari buku dalam bilik aku nih. ahah!

oke sampai sini saja. :)

Bye!

No comments: