Cute Polka Dotted Beige Bow Tie Ribbon

Dengar-dengar cerita ..

--Bapa--

Man: Bapa aku hebat. Dia polis.
Semua orang takut ngan dia.

Ali: Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk,

mesti orang tu tunduk.

Man: Wow! Bapa kau keja apa?

Ali: Tukang gunting rambut.
--B.I--

Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...!

Apasal hah?

Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong.

Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain.

Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la.

Bila turn adik jer, bintang dah abis.

Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

--Sudu--

Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.

Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.

Doktor: Kenapa?

Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.

--Mayat--

Cikgu: Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu.

'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'

Hasan: Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

--Tiru--

Cikgu:Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.

Bapa:Apa bukti awak?

Cikgu:Encik tengok soalan nombor 4 nie.

Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis

"Saya tak tahu"dan anak encik tulis

"Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".

--Makan--

cA:dari pagi tadi aku makan tak kenyang2 je?

cB:kau makan ape?

cA:makan angin...............................


No comments: